Friday, 29 January 2016

MENJADI SEORANG IBU DAN AYAH

ASSALAMMUALAIKUM WBT...Menjadi seorang ibu sememangnya impian setiap wanita yang bergelar isteri....kata orang tak lengkap kehidupan suami isteri tanpa kehadiran anak-anak...tapi adakah anda bersedia dengan kerenah anak2? kehadiran mereka menuntut anda menjadi seorang ibu superwoman & ayah supperdady

1) Kesabaran
Aku dapat merasakan Allah menghadirkan anak-anak kepada aku untuk aku belajar menjadi seorang yang penyabar walaupun pada hakikatnya aku bukan lah orang yang penyabar....perancangan Allah itu lebih baik drpd perancangan kita sebagai manusia... Alhamdulilah...namun apabila anak-anak anda buat "perangai",anda sbg seorang ibu perlu menjadi  seorang yang cool tahap dewa...namun kau juga akan menjadi hijau apabila anak kau tak makan pujuk or mengamuk hingga tendang2 dinding...makanya beristgihfar adalah jalan yang terbaik...smpi anak2 pun tau bila ibu dah beristighfar semua duk diam...takut lah tu..hahahah....


2)Dapat mengenali karakter pasangan
Karakter seorang suami akan berubah saat dia menjadi seorang ayah...Dulunya seorang yang sweet kepada anak buahnya tetapi berubah menjadi seorang yang sweet sour kepada anak-anaknya...hahaha.....kadang-kadang jadi harimau,kadang-kadang jadi helikopter, kadang-kadang jadi driver...tetapi segarang-garang seorang ayah tidak akan menghampakan permintaan seorang anak walaupun dia sedang letih berkerja seharian... seperti bawak anak berjalan-jalan menaiki motorsikal selepas pulang dari kerja (tu namanya sweet sour sbb ayah dah masam baru balik keje...hihihi)..tq ayah layan kerenah anak-anak..seandainya anda mendapat pasangan yang rigan tulang membantu anda mengemas rumah, memasak, menjaga anak-anak anda adalah insan yang beruntung +  bertuah...macam saya bertuah badan....sila muntah hijau...



**bersyukur sangat ayah pandai layan kerenah & rajukan isha & hana...

3) Menjadi doktor/tabib anak-anak
Saat yang paling merisaukan adalah apabila anak-anak demam....tidor malam tidak senyenyak selalu...setiap 1 jam akan check suhu,lap badan anak2 biar sejuk...klu baby setiap 30 minit check suhu...google semua petua untuk dipraktikan kat anak dengan harapan cepatlah suhu turun...kebiasannya apabila akak demam adik akan demam sekali...so dua minggu berturut2 tidur malam xnyenyak...inilah pengorbanan seorang ibu yang mempunyai tahap kerisauan terlebih takut anaknya kena sawan sbb panas sngt etc...

4) Kesimpulan 
Menjadi seorang ibu atau ayah memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Seandainya takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai...Kepada orang lelaki diluar sana, menjaga dan mendidik anak2 adalah tanggungjawab bersama...so pandai2 lah tolong isteri dirumah bukan menjadi raja yg x bertanggunjawab kpd rakyatnya....


Isha mandi manda kat bayou lagoon melaka


No comments:

Post a Comment

Buat Buku Pink & pertama kali check up dekat Klinik Kerajaan

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 bulan kak Tinie mengandung. Lagi 4 bulan lahirlah baby. Adik buat kakak Isha dengan Hana. InsyAllah. Kakak I...