Monday, 12 March 2018

Beza Vitamin C Plus Shaklee dengan Vitamin C Lain


Assalamualaikum readers,

Banyak-banyak produk Shaklee. Paling ramai peminat adalah Vitamin C. Antara top sale dikalangan pengguna Shaklee. Dan Kak Tinie pun suka Vitamin C juga. Siapa yang tak nak cantikkan. Mana tahu bila makan Vitamin C, kulit boleh jadi tulus mulus macam Dato Siti ke kan. Kah..kah.. Anggan-anggan biar tinggi kekawan. Tak salah pun.. Ha...ha.. Kalau Dato Siti baca ni, i is sangatlah malu.

Apa itu VITAMIN C PLUS 

Terdapat banyak syarikat supplement yang mengeluarkan vitamin c. Tapi ada bezanya. Jom tengok apa yang ada dalam Vitamin C Plus Shaklee.

A. Mengandungi Bioflavanoids. Apa tu?

Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavanoids. Kebanyakan Vitamin C yang ada kat pasaran tak ada biorflavanoids. Apa fungsi dia ni? Bioflavanoids ni membantu mengefektif kan lagi penyerapan Vitamin C dalam badan kita dan menjaga kapilari darah kita. Kerana kapilari darah kita sangat halus. Selain itu ia juga berfungsi mengatur penyerapan dalam badan kita lebih efektif dari biasa. Setiap tablet vitamin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini diekstrak dari kulit buah citrus iaitu lemon, oren dan limau gedang. 

B. Diekstrak dari Jagung

Sebab ekstrak jagung merupakan pilihan terbaik. Kerana jagung ni, walaupun dimasak, direbus, dibakar khasiat yang ada dalam tu tetap maintain dan tak hilang. Tak seperti buah-buah lain yang senang hilang khasiatnya. Kebanyakan Vitamin C daripada buah-buahan Citrus tinggi kandungan asidnya. Jadi bila kita terlebih ambil, mudah untuk terkena cirit birit dan gastrik. 


C. Kenapa ekstrak jagung

Sebab tu, saintis shaklee guna jagung dalam ramuan Vitamin C untuk mengelakkan daripada cirit birit dan gastrik kalau terlebih ambil. Selain tu, jagung tinggi dengan khasiat Vitamin A. Kalau nak tahu, Vitamin A ni merupakan asas untuk kulit cantik. Ia juga mengandungi Vitamin B di mana terdapat thiamin dan niacin. Thiamin berfungsi untuk mengekalkan saraf yang sihat manakala niacin berfungsi untuk mengatasi kekurangan zat dalam badan seseorang sekaligus menguatkan imun dalam badan kita. Dan paling best ada Vitamin E yang memang diketahui memang tinggi kandungan anti-oksidan.  

D. Sustained Release

Vitamin c plus ni mempunyai fungsi pelepasan secara berperingkat iaitu 500mg dalam masa 5 jam. Iaitu sebanyak 100mg selama setiap jam. Ia bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren dalam masa 5 jam. Jadi badan kita mempunyai masa yang mencukupi untuk menyerap segala kebaikan di dalam vitamin c tadi. Ia sangat bagus sebab Vitamin C merupakan vitamin yang larut air dan  mudah terhapus bila kita stress, berada dalam persekitann yang tercemar, panas dan banyak lagi. Jadi ianya terpelihara dalam badan kita dan badan kita menerima vitamin C yang mencukupi. 
 

Beza Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C Sintetik

Vitamin Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Vitamin di farmasi atau pasaran luar adalah vitamin sintetik.


VITAMIN SEMULAJADI

VITAMIN SINTETIK

Bahan utama diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi
Bahan utama berasaskan bahan kimia

Harga tidak terlalu mahal dan juga tak terlalu murah
Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia bukan sumber semulajadi
Tidak memerlukan pek “silica gel” dalam botol vitamin kerana tiada perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet
Mengandungi pek kecil “silica gel” dalam botol vitamin
Nama sumber ditulis dengan nama asli seperti fish ole, soy bean, citrus, alfalfa dan sebagainya
Nama sumber mengandungi “_ate” atau “_ide” seperti acetate, palmitate, thiamine etc
Bahan semulajadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita
Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudah ditolak menjadi toksin dalam badan.

** JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA VITAMIN C YANG MURAH TETAPI BAHAYA UNTUK KESIHATAN KITA


Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


Kelebihan Vitamin C Shaklee


.

⠀⠀A. Untuk Kulit  

  • Perlindungan dari sinar UV
  • Mengurangkan kesan sunburn
  • Membantu prevent masalah jerawat degil.
  • Tona kulit menjadi lebih sekata
  •  Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka.
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi (bukan muka sahaja tauuu 🙈)
  • Membantu masalah kulit sensetif seperti resdung dan eczema.
  • Mengatasi masalah jerawat nasi dan pasir.
  •  Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
  • Membantu menghasilkan kolagen dalam badan.
  • Kulit lebih glowing dan radiant.

B. Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, kukuhkan sistem imun, tingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma juga mengurangkan simptom selsema. 

C. Memerangi kanser

Merupakan satu-satunya anti-oksida yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh.

D. Memperbaiki Insomnia

Memperbaiki insomnia, masalah tidur, stress dan sebagainya.

E. Mengekalkan kolesterol sihat

Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung. pendarahan serebral dan skurvi.


VITAMIN C PLUS (Kegunaan 4- 6 BULAN Penggunaan)
Hubungi saya untuk dapatkan harga yang jimat.




No comments:

Post a Comment

Buat Buku Pink & pertama kali check up dekat Klinik Kerajaan

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 bulan kak Tinie mengandung. Lagi 4 bulan lahirlah baby. Adik buat kakak Isha dengan Hana. InsyAllah. Kakak I...