Thursday, 21 September 2017

Produk untuk kesihatan tulang dan sendi

Apa pentingya tulang kepada manusia?

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang. Membolehkan kita mengerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.

Apa Fungsi Ostematrix?

OSTEMATRIX membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kurpum, dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungis tubuh. Ditapilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut dan mudah ditelan.

Ia berwarna putih dan tidak mengandungi perisa atau perwarna tiruan, pemanis dan pengawet. 

Kebaikan Ostematrix



  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu dalam pengecitan otot dan pelancaran saraf.
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom sengugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.



Ostematrix membekalkan



  • 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400mg (100% pengambilan harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan mengguatkannya.
  • 400IU( 100% pengambilan harian) vitamin D merangsang penyerapan kalsium.






Thursday, 7 September 2017

Kaki Kejang ketika hamil

Waktu hamil merupakan saat-saat indah bagi bakal ibu. Namun ia boleh menjadi mimpi ngeri seandainya setiap malam terpaksa berhadapan dengan kekejangan atau simpul biawak. Kak Tinie pun masa mengandung selalu kena. Lagi-lagi bila musim sejuk atau hujan. 

Jadi, kak Tinie nak kongsi dengan anda semua tips untuk hindarkan diri dari terkena simpul biawak ni.


  • Letak bantal bawah kaki.


Letak bantal seperti dalam gambar diatas. Tujuannya adalah untuk memastikan betis dan kaki berada di dalam keadaan rileks. Selain itu perjalanan darah juga dapat berjalan dengan lancar.

  • Pakai stokin bila tidur

Kak Tinie bila tidur akan pakai stokin terutama bila cuaca sejuk. Dari zaman UTM lagi. Bila pakai stokin, kaki akan rasa hangat je. Sebelum pakai stokin bolehlah sapu minyak panas atau losyen supaya kaki panas dan lembut bak bayi. Selain itu, kalau anda seorang yang mudah "masuk angin" dalam badan. Tips ni sangat berkesan

  • Rendam kaki dengan air suam

Kalau rajin, bolehlah rendam kaki dengan air suam sebelum tidur. Sambil rendam tu, urutlah sikit-sikit agar darah dapat berjalan dengan lancar. Tujuannya adalah untuk memastikan kaki kita berada dalam keadaan rileks. Bagi ibu mengandung, tips ni sangat berkesan. Ada sesetengah orang suka masukkan essential oil dalam air sebagai terapi. Ala-ala macam dekat spa. 

  • Kalsium



Selain tips-tips di atas. Pastikan badan mendapat kalsium yang mencukupi. Lagi-lagi bila hamil. Keperluan kalsium adalah sangat penting. Bukan sahaja untuk ibu malah untuk bayi juga. Salah satu sebab kaki kejang adalah disebabkan kekurangan kalsium. Pengambilan kalsium untuk orang hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari. Kalsium sangat penting untuk gigi, tulang dan juga tumbesaran bayi. 

Nak dapatkan ostematrix. Click kat bawah ni ye.


Yang Ikhlas,
Kak Tinie 
016-4426785



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Pil Kalsium Shaklee atau Ostematrix

PERBEZAAN SHAKLEE

  •  Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan KADAR PENYERAPANnya adalah 99%.
  • Formulanya yang unik dibuat dari MINERAL SEMULAJADI dan GARAM MINERAL dari Laut Mati mengandungi kalsium, magnesium, fosforus and Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
  • Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.
  • Kajian membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. 

PENURUNAN KEPADATAN TULANG BERGANTUNG KEPADA UMUR




Menurut kajian jisim tulang berkembang maksima pada umur 28 tahun. Dan mengurang selepas itu. Selepas umur 40 tahun kepadatan tulang mula menurun dengan cepat. Jadi objektif utama dari bayi yang baru lahir sehingga berumur 28 tahun adalah untuk membina kepadatan tulang. Selepas berumur 28 tahun objektif utama kita adalah untuk menghalang kehilangan kepadatan tulang.



MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX
  • Menguatkan tulang
    • Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia, kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
    • Pengambilan 600mg kaslium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringakan stres
    • Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung, berdebar, gementar, mimpi buruk, stres. Juga memperbaiki depresi mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid
    • Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil
  • Pengakalian tubuh
    • Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D
    • Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menggambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium
    • Ini adalah ion positif no.2 penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formulasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zink, boron, manganes, kuprum
    • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menhalang artritis.


BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM?

  • Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

CADAGAN
  • Untuk memelihara kesihatan - 2 kali sehari (2 tablet setiap kali) lepas makan
  • Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas - 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
  • Untuk tulang retak, osteoporosis - 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali


Nak beli Ostematrix Shaklee? Click sahaja link ni.


Ikhlas dari,
Kak Tinie
016-4426785
Peminat Tegar Ostematrix



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Monday, 4 September 2017

Resepi lemang periuk kera

Hari Raya Aidiladha tahun ni, kak tinie masak lemang periuk kera. Periuk keranya kak Tinie beli dengan kawan sekolah. Harga 35sen sebiji. Kak Tinie beli 100 biji. Memang puas hati sampai tak habis makan. Kalau beli yang dah siap, RM10 dapat 7-8 biji periuk kera. Kak Tinie makan dengan rendang daging dan ayam masak merah. Memang sedap.

Jom tengok resipinya.

Bahan-bahan.
2kg beras pulut (direndam semalaman)
100 biji periuk kera
2 biji santan kelapa
Sedikit garam.

Cara-cara.
1. Cuci periuk kera dengan bersih. Buang mulut periuk kera dan keringkan.
2. Masak air didalam pengukus.
3. Masukkan pulut yang sudah dicuci bersih ke dalam periuk kera. Pastikan pulut tidak diisi sehingga penuh. Kak Tinie cadangkan 3/4 tinggi periuk kera sahaja.
4. Susun periuk kera ke dalam pengukus. Pastikan periuk kera disusun dengan rapat. Agar tidak jatuh apabila masak nanti.
5. Masukkan sedikit garam ke dalam santan. Tuang santan ke dalam periuk kera menggunakaan jar air sehingga tertutup pulut tadi. Jangan terlalu banyak. Takut lembik sangat pulutnya nanti.
6. Kukus sehingga pulut masak. Dalam anggaran 20 minit.
7. Sedia untuk di makan.

Bagi kak Tinie,masak lemang periuk kera agak mudah cuma nak membersihkan periuk kera agak remeh sedikit. Kena cermat sebab risau periuk koyak kalau ganas sangat. Sebelum tu, layan gambar periuk kera kak Tinie pulak. Ha..ha... Selamat mencuba kwan-kawan.


Periuk kera yang belum dicuci


Mulut periuk kera yang perlu di potong


Masukkan pulut ke dalam periuk kera



Letak santan kelapa sampai tertutup pulut tadi


Ini lah rupa lemang periuk kera yang dah siap masak.




Yang suka makan lemang periuk kera,
Kak Tinie
04.09.2017

Buat Buku Pink & pertama kali check up dekat Klinik Kerajaan

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 bulan kak Tinie mengandung. Lagi 4 bulan lahirlah baby. Adik buat kakak Isha dengan Hana. InsyAllah. Kakak I...