Jadi, kak Tinie nak kongsi dengan anda semua tips untuk hindarkan diri dari terkena simpul biawak ni.
- Letak bantal bawah kaki.
Letak bantal seperti dalam gambar diatas. Tujuannya adalah untuk memastikan betis dan kaki berada di dalam keadaan rileks. Selain itu perjalanan darah juga dapat berjalan dengan lancar.
- Pakai stokin bila tidur
Kak Tinie bila tidur akan pakai stokin terutama bila cuaca sejuk. Dari zaman UTM lagi. Bila pakai stokin, kaki akan rasa hangat je. Sebelum pakai stokin bolehlah sapu minyak panas atau losyen supaya kaki panas dan lembut bak bayi. Selain itu, kalau anda seorang yang mudah "masuk angin" dalam badan. Tips ni sangat berkesan
- Rendam kaki dengan air suam
Kalau rajin, bolehlah rendam kaki dengan air suam sebelum tidur. Sambil rendam tu, urutlah sikit-sikit agar darah dapat berjalan dengan lancar. Tujuannya adalah untuk memastikan kaki kita berada dalam keadaan rileks. Bagi ibu mengandung, tips ni sangat berkesan. Ada sesetengah orang suka masukkan essential oil dalam air sebagai terapi. Ala-ala macam dekat spa.
- Kalsium
Selain tips-tips di atas. Pastikan badan mendapat kalsium yang mencukupi. Lagi-lagi bila hamil. Keperluan kalsium adalah sangat penting. Bukan sahaja untuk ibu malah untuk bayi juga. Salah satu sebab kaki kejang adalah disebabkan kekurangan kalsium. Pengambilan kalsium untuk orang hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari. Kalsium sangat penting untuk gigi, tulang dan juga tumbesaran bayi.
Nak dapatkan ostematrix. Click kat bawah ni ye.
Yang Ikhlas,
Kak Tinie
016-4426785
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment