Bahan-bahan.
2kg beras pulut (direndam semalaman)
100 biji periuk kera
2 biji santan kelapa
Sedikit garam.
Cara-cara.
1. Cuci periuk kera dengan bersih. Buang mulut periuk kera dan keringkan.
2. Masak air didalam pengukus.
3. Masukkan pulut yang sudah dicuci bersih ke dalam periuk kera. Pastikan pulut tidak diisi sehingga penuh. Kak Tinie cadangkan 3/4 tinggi periuk kera sahaja.
4. Susun periuk kera ke dalam pengukus. Pastikan periuk kera disusun dengan rapat. Agar tidak jatuh apabila masak nanti.
5. Masukkan sedikit garam ke dalam santan. Tuang santan ke dalam periuk kera menggunakaan jar air sehingga tertutup pulut tadi. Jangan terlalu banyak. Takut lembik sangat pulutnya nanti.
6. Kukus sehingga pulut masak. Dalam anggaran 20 minit.
7. Sedia untuk di makan.
Bagi kak Tinie,masak lemang periuk kera agak mudah cuma nak membersihkan periuk kera agak remeh sedikit. Kena cermat sebab risau periuk koyak kalau ganas sangat. Sebelum tu, layan gambar periuk kera kak Tinie pulak. Ha..ha... Selamat mencuba kwan-kawan.
Periuk kera yang belum dicuci |
Mulut periuk kera yang perlu di potong |
Masukkan pulut ke dalam periuk kera |
Letak santan kelapa sampai tertutup pulut tadi |
Ini lah rupa lemang periuk kera yang dah siap masak. |
Yang suka makan lemang periuk kera,
Kak Tinie
04.09.2017
No comments:
Post a Comment