Friday, 16 November 2018

Buat Buku Pink & pertama kali check up dekat Klinik Kerajaan

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 bulan kak Tinie mengandung. Lagi 4 bulan lahirlah baby. Adik buat kakak Isha dengan Hana. InsyAllah. Kakak Isha dah tak sabar sangat nak jaga baby, asyik tanya je bila baby nak keluar? kenapa lama sangat. Kenapa setiap kali tanya asyik sama bulan je. ha..ha. Bawak bersabar ye kakak isha.

Ok, bila dah lama tak mengandung mesti tercari-cari cara nak buat buku pink. Study balik pasal morning sickness etc. Lepastu nervous bila nak jumpa nurse dan rasa tua sangat bila pergi klinik. Nampak semua orang muda-muda. Sampai nurse pun cakap. Tak tua lagi lah awak ni dik. Yelah beza hana dengan baby ni pun dah 5 tahun. Macam jadi ibu buat pertama kali pulak. Kah..kah..

Apa perkara yang uolls perlu bawa dan confimakn sebelum buat buku pink?
1. 3 Salinan sijil nikah atau kad nikah
2. Pastikan uolls mengandung. hi3. Sebelum pergi klinik, buatlah pregnancy test untuk double confim tau.
3. Hari pertama period sebelum pregnant. 

Jom buat buku pink!!! 

1. Daftar dekat kaunter   

Masa ni lepas sampai, cakap dekat nurse di kaunter nak buat buku pink. Nanti dia akan bagi borang, untuk kita buat urine test, check kumpulan darah, hb etc dekat makmal.

 2. Jumpa nurse 

Lepas settle urusan kita dekat makmal. Tunggu dulu hingga nurse panggil. Masa jumpa nurse, bagi sekali salinan sijil nikah atau kad nikah tadi.   Setiap kali nak buat buku pink, siap2 kan lah salinan sijil atau kad nikah. Tak banyak, 3 helai je. Walaupun uolls buat buku pink untuk kali ketiga. Sijil ni penting tau, untuk semua pihak tahu siapa waris terdekat dengan kita. Nurse ada bagi tahu yang 1 salinan untuk buku pink kita dan 2 salinan untuk KK serta hospital. Masa ni, nurse akan terangkan berkenaan dengan penjagaan diri, pemakanan yang betul dan sebagainya. Jadi, jangan malu2 nak tanya kalau ada apa2 masalah. Kalau sayang baby tanyalah. 

Masa ni, nurse akan bagi tahu due date kita. Jadi, pastikan uolls bagi date period yang betul. Jangan lambatkan atau cepat dari tarikh period yang sebenar. Bahaya untuk baby dan diri kita sendiri.

3. Jumpa doktor

Jumpa doktor ni best sikit. Sebab dia akan scan kandungan untuk pastikan due date kita tu sama tak dengan perkembangan baby dalam kandungan. Kalau sama, Allhamulilah. Kalau tak sama, next check up doktor akan scan sekali lagi. Dont worry ok. 

4. Ambil supplement yang diberikan

Lepas jumpa doktor, pergilah ambil supplement dekat kaunter ubat. Lepas ni boleh balik dah.

Selalunya, masa 1st check up ni ambil masa yang lama juga. Dalam 2-3 jam. Bergantung kepada berapa ramai ibu2 mengandung datang check up. Dan kadang-kadang ada Doktor gigi juga untuk check gigi ibu mengandung. Bestkan jadi ibu mengandung. Kalau check gigi pun tak kena bayar. Just tunjukkan buku pink je. 

Itu sahaja yang kak Tinie nak share harini. Jumpa lagi ye. xoxoxox..




Buat Buku Pink & pertama kali check up dekat Klinik Kerajaan

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 bulan kak Tinie mengandung. Lagi 4 bulan lahirlah baby. Adik buat kakak Isha dengan Hana. InsyAllah. Kakak I...