Friday, 16 November 2018

Buat Buku Pink & pertama kali check up dekat Klinik Kerajaan

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 bulan kak Tinie mengandung. Lagi 4 bulan lahirlah baby. Adik buat kakak Isha dengan Hana. InsyAllah. Kakak Isha dah tak sabar sangat nak jaga baby, asyik tanya je bila baby nak keluar? kenapa lama sangat. Kenapa setiap kali tanya asyik sama bulan je. ha..ha. Bawak bersabar ye kakak isha.

Ok, bila dah lama tak mengandung mesti tercari-cari cara nak buat buku pink. Study balik pasal morning sickness etc. Lepastu nervous bila nak jumpa nurse dan rasa tua sangat bila pergi klinik. Nampak semua orang muda-muda. Sampai nurse pun cakap. Tak tua lagi lah awak ni dik. Yelah beza hana dengan baby ni pun dah 5 tahun. Macam jadi ibu buat pertama kali pulak. Kah..kah..

Apa perkara yang uolls perlu bawa dan confimakn sebelum buat buku pink?
1. 3 Salinan sijil nikah atau kad nikah
2. Pastikan uolls mengandung. hi3. Sebelum pergi klinik, buatlah pregnancy test untuk double confim tau.
3. Hari pertama period sebelum pregnant. 

Jom buat buku pink!!! 

1. Daftar dekat kaunter   

Masa ni lepas sampai, cakap dekat nurse di kaunter nak buat buku pink. Nanti dia akan bagi borang, untuk kita buat urine test, check kumpulan darah, hb etc dekat makmal.

 2. Jumpa nurse 

Lepas settle urusan kita dekat makmal. Tunggu dulu hingga nurse panggil. Masa jumpa nurse, bagi sekali salinan sijil nikah atau kad nikah tadi.   Setiap kali nak buat buku pink, siap2 kan lah salinan sijil atau kad nikah. Tak banyak, 3 helai je. Walaupun uolls buat buku pink untuk kali ketiga. Sijil ni penting tau, untuk semua pihak tahu siapa waris terdekat dengan kita. Nurse ada bagi tahu yang 1 salinan untuk buku pink kita dan 2 salinan untuk KK serta hospital. Masa ni, nurse akan terangkan berkenaan dengan penjagaan diri, pemakanan yang betul dan sebagainya. Jadi, jangan malu2 nak tanya kalau ada apa2 masalah. Kalau sayang baby tanyalah. 

Masa ni, nurse akan bagi tahu due date kita. Jadi, pastikan uolls bagi date period yang betul. Jangan lambatkan atau cepat dari tarikh period yang sebenar. Bahaya untuk baby dan diri kita sendiri.

3. Jumpa doktor

Jumpa doktor ni best sikit. Sebab dia akan scan kandungan untuk pastikan due date kita tu sama tak dengan perkembangan baby dalam kandungan. Kalau sama, Allhamulilah. Kalau tak sama, next check up doktor akan scan sekali lagi. Dont worry ok. 

4. Ambil supplement yang diberikan

Lepas jumpa doktor, pergilah ambil supplement dekat kaunter ubat. Lepas ni boleh balik dah.

Selalunya, masa 1st check up ni ambil masa yang lama juga. Dalam 2-3 jam. Bergantung kepada berapa ramai ibu2 mengandung datang check up. Dan kadang-kadang ada Doktor gigi juga untuk check gigi ibu mengandung. Bestkan jadi ibu mengandung. Kalau check gigi pun tak kena bayar. Just tunjukkan buku pink je. 

Itu sahaja yang kak Tinie nak share harini. Jumpa lagi ye. xoxoxox..




Monday, 12 March 2018

Beza Vitamin C Plus Shaklee dengan Vitamin C Lain


Assalamualaikum readers,

Banyak-banyak produk Shaklee. Paling ramai peminat adalah Vitamin C. Antara top sale dikalangan pengguna Shaklee. Dan Kak Tinie pun suka Vitamin C juga. Siapa yang tak nak cantikkan. Mana tahu bila makan Vitamin C, kulit boleh jadi tulus mulus macam Dato Siti ke kan. Kah..kah.. Anggan-anggan biar tinggi kekawan. Tak salah pun.. Ha...ha.. Kalau Dato Siti baca ni, i is sangatlah malu.

Apa itu VITAMIN C PLUS 

Terdapat banyak syarikat supplement yang mengeluarkan vitamin c. Tapi ada bezanya. Jom tengok apa yang ada dalam Vitamin C Plus Shaklee.

A. Mengandungi Bioflavanoids. Apa tu?

Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavanoids. Kebanyakan Vitamin C yang ada kat pasaran tak ada biorflavanoids. Apa fungsi dia ni? Bioflavanoids ni membantu mengefektif kan lagi penyerapan Vitamin C dalam badan kita dan menjaga kapilari darah kita. Kerana kapilari darah kita sangat halus. Selain itu ia juga berfungsi mengatur penyerapan dalam badan kita lebih efektif dari biasa. Setiap tablet vitamin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini diekstrak dari kulit buah citrus iaitu lemon, oren dan limau gedang. 

B. Diekstrak dari Jagung

Sebab ekstrak jagung merupakan pilihan terbaik. Kerana jagung ni, walaupun dimasak, direbus, dibakar khasiat yang ada dalam tu tetap maintain dan tak hilang. Tak seperti buah-buah lain yang senang hilang khasiatnya. Kebanyakan Vitamin C daripada buah-buahan Citrus tinggi kandungan asidnya. Jadi bila kita terlebih ambil, mudah untuk terkena cirit birit dan gastrik. 


C. Kenapa ekstrak jagung

Sebab tu, saintis shaklee guna jagung dalam ramuan Vitamin C untuk mengelakkan daripada cirit birit dan gastrik kalau terlebih ambil. Selain tu, jagung tinggi dengan khasiat Vitamin A. Kalau nak tahu, Vitamin A ni merupakan asas untuk kulit cantik. Ia juga mengandungi Vitamin B di mana terdapat thiamin dan niacin. Thiamin berfungsi untuk mengekalkan saraf yang sihat manakala niacin berfungsi untuk mengatasi kekurangan zat dalam badan seseorang sekaligus menguatkan imun dalam badan kita. Dan paling best ada Vitamin E yang memang diketahui memang tinggi kandungan anti-oksidan.  

D. Sustained Release

Vitamin c plus ni mempunyai fungsi pelepasan secara berperingkat iaitu 500mg dalam masa 5 jam. Iaitu sebanyak 100mg selama setiap jam. Ia bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren dalam masa 5 jam. Jadi badan kita mempunyai masa yang mencukupi untuk menyerap segala kebaikan di dalam vitamin c tadi. Ia sangat bagus sebab Vitamin C merupakan vitamin yang larut air dan  mudah terhapus bila kita stress, berada dalam persekitann yang tercemar, panas dan banyak lagi. Jadi ianya terpelihara dalam badan kita dan badan kita menerima vitamin C yang mencukupi. 
 

Beza Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C Sintetik

Vitamin Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Vitamin di farmasi atau pasaran luar adalah vitamin sintetik.


VITAMIN SEMULAJADI

VITAMIN SINTETIK

Bahan utama diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi
Bahan utama berasaskan bahan kimia

Harga tidak terlalu mahal dan juga tak terlalu murah
Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia bukan sumber semulajadi
Tidak memerlukan pek “silica gel” dalam botol vitamin kerana tiada perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet
Mengandungi pek kecil “silica gel” dalam botol vitamin
Nama sumber ditulis dengan nama asli seperti fish ole, soy bean, citrus, alfalfa dan sebagainya
Nama sumber mengandungi “_ate” atau “_ide” seperti acetate, palmitate, thiamine etc
Bahan semulajadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita
Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudah ditolak menjadi toksin dalam badan.

** JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA VITAMIN C YANG MURAH TETAPI BAHAYA UNTUK KESIHATAN KITA


Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


Kelebihan Vitamin C Shaklee


.

⠀⠀A. Untuk Kulit  

  • Perlindungan dari sinar UV
  • Mengurangkan kesan sunburn
  • Membantu prevent masalah jerawat degil.
  • Tona kulit menjadi lebih sekata
  •  Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka.
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi (bukan muka sahaja tauuu 🙈)
  • Membantu masalah kulit sensetif seperti resdung dan eczema.
  • Mengatasi masalah jerawat nasi dan pasir.
  •  Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
  • Membantu menghasilkan kolagen dalam badan.
  • Kulit lebih glowing dan radiant.

B. Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, kukuhkan sistem imun, tingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma juga mengurangkan simptom selsema. 

C. Memerangi kanser

Merupakan satu-satunya anti-oksida yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh.

D. Memperbaiki Insomnia

Memperbaiki insomnia, masalah tidur, stress dan sebagainya.

E. Mengekalkan kolesterol sihat

Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung. pendarahan serebral dan skurvi.


VITAMIN C PLUS (Kegunaan 4- 6 BULAN Penggunaan)
Hubungi saya untuk dapatkan harga yang jimat.




Saturday, 28 October 2017

Jurukur bahan atau Quantity Surveyor. Apa tu?

Assalammualaikum readers.

Hari ni kak Tinie nak cerita berkenaan dengan kerjaya Jurukur bahan atau Quantity Surveyor (QS). Banyak universiti awam dan swasta yang menawarkan kurus ni. Tapi tak ramai yang tahu skop kerja seorang Jurukur bahan dan peluang pekerja yang ditawarkan. 

 Peluang pekerja bagi seorang QS adalah sangat besar. Seorang QS bukan sahaja boleh bekerja di syarikat kontraktor bahkan di developer, perunding QS, firma arkitek, engineer, bank dan menjadi pensyarah. Selain itu terdapat jawatan QS di dalam jabatan kerajaan seperti di JKR, Pendidikan dan universiti-universiti  awam dan swasta. Senang cerita, memang mudah nak dapat kerja bila habis belajar. Selagi ada industri binaan selagi itulah khidmat QS diperlukan. 

1. Preliminary stage.
Skop kerja seorang QS bermula dari preliminary stage. Dalam peringkat ni, QS akan mengeluarkan kos awalan berdasarkan PDA form atau preliminary detailed abstract. Ia merupakan aggaran yang dikeluarkan oleh perunding QS kepada developer. 

2. Tender stage
A. QS yang berkerja di konsultant.
PADA peringkat ini perunding QS akan menyediakan Tender Document berdasarkan lukisan tender yang dihasilkan oleh perunding Arkitek, C&S dan M&E. QS juga akan memanggil kontraktor untuk mengisi harga di dalam tender document tersebut. 

Selepas pihak perunding menerima dokumen tender yang telah dihargakan. Pihak konsultant akan menyediakan Tender report. Didalam tender report tersebut, kita dapat melihat harga setiap kontraktor. Berdasarkan tender report tersebut, pihak developer atau cleint akan memilih kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling rendah bagi sesuatu projek. Sebelum itu, pihak perunding akan memanggil kontraktor yang terlibat untuk menghadiri Tender Interview. Ketika ini pihak kontraktor dan perunding perlu clarify apa sahaja yang terkandung didalam tender document yang dihargakan. 

B. QS di kontraktor 
Selepas qs menerima dokumen tender. Mereka akan meminta sebut harga daripada subcon serta supplier untuk menghargakan dokumen tender tersebut. Dokumen tender yang telah lengkap akan di hantar kepada perunding QS semula agar pihak perunding dapat menyediakan Tender Report. 

3. Project stage
A. QS yang bekerja di konsultant
Pada peringkat ini QS akan membantu serta menasihati semua pihak berkaitan dengan kontrak. Selain itu QS juga perlu memantau serta menyediakan Certificate of Payment yang merupakan bayaran kemajuan kerja main contractor berdasarkan kemajuan kerja di tapak bina. QS juga perlu membuat penilaian bagi tambahan kerja atau variation order yang dilakukan oleh main contractor. Penilaian kerja dilakukan sebulan sekali ataupun berdasarkan term di dalam contratc document. Certificate of payment akan disahkan oleh S.O sesuatu projek. Bayaran kepada kontraktor dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh certificate.

B. QS di kontraktor

Sama seperti QS di konsultant. QS yang bekerja di kontraktor juga perlu menyediakan Certificate of payment untuk sub contractor dan supplier. Selain itu, QS juga perlu melantik sub contractor dan supplier, mendapatkan sebut harga, membuat cost comparison serta mebeli barang-batang berdasarkan specification di dalam contract.

4. Final stage
QS akan menyediakan final account selepas projek mendapat CPC dan releae half moiety retention kepada main contractor dan juga sub contractor. Lagi 2.5 retention akan dilepaskan selepas projek tamat tempoh CMGD. Retention tersebut pelu ditolak segal defect yang dilakukan oleh third party seandainya main contractor atau sub contractor gagal membaiki defect.

Secara ringkas, beginilah circles skop kerja seorang QS. Kalau ada yang salah mohon betulkan. Kalau ada yang tak paham. Drop by soalan kat comment. Nanti kak Tinie reply balik.

Regards,
Kak Tinie
Kakak QS

Tuesday, 24 October 2017

Potty traning Hana. Berjaya tak?

Asslamualaikum readers.

Hari ni kita cerita pasal potty training Hana. Asyik cerita pasal Shaklee je kan. Selit-selit jugalah cerita kehidupan mak-mak ni. Potty training ni apa? Bahasa mudahnya, nak ajar anak buang air besar dan kecil dalam tandas. Lepas ni, tak perlu pakai pampers lagi. 

Yeah!!! Boleh ke Hana ni buat dalam masa 5 bulan ea?

1. Tanggalkan pampers sendiri.

Budak-budak kecil terutamanya yang satu tahun ke atas memang suka tanggalkan pampers sendiri. Bila dia orang rasa tak selesa atau pun just for fun. Masa ni korang boleh lah ajar anak-anak pergi tandas. Tapi jangan serius sangat. Hanya nak bagi bonding mak dengan anak. Selain tu, boleh lah terangkan kat anak-anak anggota badan manusia dan fungsi-fungsinya. Kalau Hana buang air kecil, air keluar dekat mana?. Lepastu tunjuk tempat untuk buang air sekali. Macam mana nak guna flush dan sebagainya.  

2. Dah pandai bercakap dan faham

Kak Tinie dan Ayah R mula ajar Hana buang air dalam tandas secara serius sejak umur dia 2 tahun 5 bulan. Masa ni dia dah faham apa yang kita cakap dan arahkan. Mudah untuk kita ajar potty training. Dia pun cepat faham sebab selalu tengok kakak Isha buang air. Ha..ha.. Dia memang selalu skodeng akak dia. 


3. Soalan kena betul

Nak ajar anak pergi tandas sendiri, soalan kena betul. JANGAN tanya soalan macam ni. "Hana bagi tahu ibu ye, bila nak kencing". Nanti sampai anak ko besar, dia akan bagi tahu ko dulu,  bila dia nak kencing. Menyesal nanti. 

Jadi, soalan yang BETUL "Hana nak kencing masuk tandas tau". So, dia dah pasak dalam minda dia. Kalau nak kencing kena masuk tandas terus, tak perlu cari ibu atau bagi tahu ibu dulu. Soalan kena betul tau. Hasilnya memang berbeza. Masa ajar Isha, kak Tinie guna cara first. Sampai sekarang nak kencing, dia bagi tahu dulu. Ha..ha..

4. Hari pertama hingga ketujuh 

Masa hari pertama, setiap 15 minit  atau 30 minit bawak dia pergi tandas. Walaupun masa tu tak keluar apa-apa. Bawak je secara berterusan. Suruh dia cangkung, bersihkan kemaluan dan flush. Ajar dia untuk praktis cara-cara yang betul bila buang air kecil. Jangan lupa puji dia atau reward. Cakap kat dia "Pandai hana buang air kecil dalam tandas". Tepuk tangan sama-sama.  Lepas ni, kita buang air lagi ye. Anak-anak mesti bagi kerjasama kat kita. Sebab dia rasa seronok. Hari kedua, buat perkara yang sama hingga hari ketujuh. 

Hari-hari awal ni, kena banyak bersabar. Pastikan korang simpan segala karpet dan benda-benda yang buat korang naik angin bila kena air kencing. Memang dia orang akan terbocor di merata-rata tempat. Jangan marah, just cakap elok-elok. Nak kencing kena pergi tandas. Stage ni kena kerap tanya "nak buang air kecil tak?". Kalau nak keluar shopping, kak Tinie pakaikan je Hana pampers. Pundi kencing dia tak kuat lagi. So, boleh diterima sebab awal-awal lagi. 

5. Hari kelapan dan seterusnya

Masa ni anak-anak dah pandai "RASA" nak buang air kecil atau besar. Lagi mudah nak uruskan. Cuma kena lah ulang selalu ayat power tu " hana nak buang air kecil tak?". Kadang-kadang Hana marah sebab bosan nak jawab..Ha..ha.. Tapi kalau nak tidur waktu siang. Tanya dan pastikan dia kencing. Kalau tak, kebarangkalian dia terbocor sangatlah besar. Tapi bila agak-agak dah sebulan. Dia dah pandai pergi tandas sendiri. Buka seluar dan masuk bilik air sendiri. 

Hana, bila waktu malam still pakai pampers lagi, sampai umur dia 3 tahun. Rasa tak yakin nak biarkan dia tak pakai pampers. (Itu silap besar sebab tak yakin dengan kemapuan anak. Sorry Hana) 


6. Macam mana Hana buang air besar? 


Hana kalau nak buang air besar dia akan mintak pampers. Tapi bila dia dah potty training dalam 3 bulan. Dia dah pandai buang air besar dekat tandas. Kak Tinie belikan dia tempat duduk khas untuk budak-budak buang air besar. Beli dekat Mr Diy. Murah dalam belas-belas je. Sebenarnya Hana guna kakak Isha punya. Barang turun temurun katanya.
Sumber : Google

7. Hana terbocor dekat public area

Part ni yang paling kelakar. Sebelum keluar dah tanya " Hana nak buang air kecil tak?" Dia cakap tak nak. So, ok lah. Bila dah shopping dalam setengah jam. Terperasan muka dia macam pelik ye. Rupanya dia "kebocoran". Dia pernah kebocoran dekat Home Pro dan Econsave . Ha..ha.. Sorry Home Pro & Econsave.

Apa yang kita orang buat? 

Ibu memang dah stand by baju dan seluar dalam beg. Sebab ada instinct dah. Mula-mula Kak Tinie tengok Ayah R. Ayah R tengok kak Tinie. Lepas tu panggil orang Home Pro, mintak tolong bersihkan. Masa ni Hana harus mendapat "Silent Treatment" dari kita orang. Dia pun diam je sebab rasa bersalah. 

Tahu tak, kenapa Hana terkencing dalam seluar? Sebab dia TAK TAHU yang kat Shopping mall tu pun ada tandas. So, pengajarannya. Bila dah sampai mall. Tanya dia " nak buang air kecil tak?". Kalau dia kata tak nak. Just bawak je dia pergi tandas. Tunjuk dekat dia. Ni tandas, nak buang air kecil atau besar dekat sini. Kakak Isha lah selalu nak membuang. ha..ha.. So, dia pun akan turut membuang sekali. 

Korang kena bagi extra attention dekat dia bila pergi tempat yang dia tak biasa pergi. Macam balik rumah atuk dan nenek. Walaupun kita dah biasa tapi anak tak biasa dengan suasana tu. Sebab jumpa tandas baru, bilik air baru. Dia rasa tak yakin. Biasalah budak-budak. Jadi kata-kata ajaib tu perlu diulang sekerap yang mungkin. Kalau agak dah lama dia tak buang air. Bawak terus pergi tandas. Confirm dia akan buang air kecil punya. 

8. Hana pergi taska tak pakai pampers

Pagi-pagi, masa nak pergi taska. Kak Tinie, tak pakaikan Hana pampers. Sampai taska je, bagi tahu dekat cikgu yang hana tak pakai pampers. Jadi cikgu aware lah. Yang ni kena mintak kerjasama dekat cikgu. Berbaik-baik dengan Cikgu itu perlu tau. Tapi bila tidur cikgu pakaikan pampers. Kak Tinie memang stand by pampers bila nak pergi taska. Sebab kita pun faham keadaan cikgu tu. Masa balik tu, tanya lah cikgu. Hana ada kebocoran tak? So far tak ada, kalau ada mintak maaf lah dekat cikgu tu. Susahkan dia. 

9. Tidur tanpa pampers

Disebabakan Hana dah genap 3 tahun bulan ni. Jadi memang dah nekad tak nak pakaikan pampers. Jadi, kak Tinie dan Ayah R belikan pampers yang ada 15 keping je. Masa dia pakai pampers terakhir tu.  Bagi tahu dia siap-siap.

 " Hana ni pampers last tau. Ibu dengan ayah tak beli pampers lagi lepas ni". 
Dia kata "ok" ibu. 

Malam tu, ibu dengan berdebar je biar dia tidur tanpa pampers. Sebelum tidur, ajak dia buang air kecil dan gosok gigi.  Ibu dah siap-siap mind set, kalau Hana terbocor. Redha jelah, tak kan nak marah pulak. Yang ajaibnya. Hana TAK BOCOR pun. Alhamdulilah. 

Jadi, dengan rasmi nya Hana tak pakai pampers sekarang. Yeah!! You did it Baby. Umur Hana sekarang dah 3 tahun 15 hari. Kakak Isha pun tanggal pampers umur dia genap 3 tahun. Ahamdulilah. Terima kasih Ya Allah. Permudahkan segalanya. 

My power puff girls


Sincerely,
Ibu Hana
24.10.2017


Wednesday, 4 October 2017

Kelebihan dan keburukan ESP

Assalammualaikum semua.

Hari ni, kak Tinie nak cerita pasal ESP. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Betul tak? ESP ni nama penuh dia Soy Protein Isolate Powder. 



ESP BUKAN-GMO (NON GMO) 

Selalu tak dengar orang cakap macam ni. Soya tak bahaya ke? nanti senang dapat cyst, kanser etc. Kalau nak tahu, ESP ni merupakan produk Non-GMO. Maksudnya SOYA yang Shaklee gunakan genetiknya tidak diubah atau non-genetically modified organisms (GMO)

Contonya jagung. Dalam pasaran sekarang ada macam-macam jenis jagung. Ada jagung manis, jagung kuning tapi isi kecil dan sebagainya. Ia merupakan R&D pengeluar yang mengubah genetik jagung tersebut untuk menghasilkan benih jagung yang boleh mengeluarkan hasil yang cepat dan banyak dalam tempoh masa yang singkat.

Namun ESP dihasilkan dibawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehingga saat premprosesan. Klik link ni untuk baca maklumat berkenaan dengan program IPP.




KEBAIKAN DAN MANFAAT 

1. Membina pembinaan semula otot dan kulit. Kembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat penyembuhan luka serta kurangkan kesan parut.
2. Menyediakan tenaga berkekelan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalam sumber tenaga yang konsisten
3. Membantu mengurangkan paras kolesterol.
4. Menyokong sistem imunisasi badan dan membantu mencegah migrain, insomnia dan tekanan
5. Menggalak sistem peredaran darah yang sihat.
6. kaya dengan Isofavones, yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
7. Menggalak payudara yang sihat dan anjal.
8. Menggalak prostat yang sihat.
9. Membaiki pigmentasi untuk masalah rambut gugut (gugur dan uban) serta masalah kulit (kedut dan kesan tua).


SIAPA YANG PERLUKAN ESP?

1. Wanita
2. Golongan pekerja
3. Ibu hamil dan berpantang
4. Ibu menyusu
5. Golongan pelajar
6. Warga emas

Untuk next entry kak Tinie akan huraikan lebih lanjut pasal asid amino dalam ESP. Bagus ke asid amino tu? So, stay tuned tau.

Untuk bulan October ni, Shaklee ada buat promosi beli 4 ESP dapat diskaun 5%. Yang memang gunakan ESP setiap hari. Wajib beli. Harga murah sangat tu.



Nak beli ESP promo ni? Boleh click di bawah:


Kalau nak beli 1 tong ESP, click link bawah ni ye:

Kalau nak consultation dari Kak Tinie. Boleh click link ni untuk whatsapp dengan saya.


Produk : ESP
Berat : 500 gram
Harga : RM170.93 (incld GST) 



Dari,
Kak Tinie
Ejen Shaklee Anda


Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 21 September 2017

Produk untuk kesihatan tulang dan sendi

Apa pentingya tulang kepada manusia?

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang. Membolehkan kita mengerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.

Apa Fungsi Ostematrix?

OSTEMATRIX membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kurpum, dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungis tubuh. Ditapilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut dan mudah ditelan.

Ia berwarna putih dan tidak mengandungi perisa atau perwarna tiruan, pemanis dan pengawet. 

Kebaikan Ostematrix



  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu dalam pengecitan otot dan pelancaran saraf.
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom sengugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.



Ostematrix membekalkan



  • 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400mg (100% pengambilan harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan mengguatkannya.
  • 400IU( 100% pengambilan harian) vitamin D merangsang penyerapan kalsium.






Thursday, 7 September 2017

Kaki Kejang ketika hamil

Waktu hamil merupakan saat-saat indah bagi bakal ibu. Namun ia boleh menjadi mimpi ngeri seandainya setiap malam terpaksa berhadapan dengan kekejangan atau simpul biawak. Kak Tinie pun masa mengandung selalu kena. Lagi-lagi bila musim sejuk atau hujan. 

Jadi, kak Tinie nak kongsi dengan anda semua tips untuk hindarkan diri dari terkena simpul biawak ni.


  • Letak bantal bawah kaki.


Letak bantal seperti dalam gambar diatas. Tujuannya adalah untuk memastikan betis dan kaki berada di dalam keadaan rileks. Selain itu perjalanan darah juga dapat berjalan dengan lancar.

  • Pakai stokin bila tidur

Kak Tinie bila tidur akan pakai stokin terutama bila cuaca sejuk. Dari zaman UTM lagi. Bila pakai stokin, kaki akan rasa hangat je. Sebelum pakai stokin bolehlah sapu minyak panas atau losyen supaya kaki panas dan lembut bak bayi. Selain itu, kalau anda seorang yang mudah "masuk angin" dalam badan. Tips ni sangat berkesan

  • Rendam kaki dengan air suam

Kalau rajin, bolehlah rendam kaki dengan air suam sebelum tidur. Sambil rendam tu, urutlah sikit-sikit agar darah dapat berjalan dengan lancar. Tujuannya adalah untuk memastikan kaki kita berada dalam keadaan rileks. Bagi ibu mengandung, tips ni sangat berkesan. Ada sesetengah orang suka masukkan essential oil dalam air sebagai terapi. Ala-ala macam dekat spa. 

  • Kalsium



Selain tips-tips di atas. Pastikan badan mendapat kalsium yang mencukupi. Lagi-lagi bila hamil. Keperluan kalsium adalah sangat penting. Bukan sahaja untuk ibu malah untuk bayi juga. Salah satu sebab kaki kejang adalah disebabkan kekurangan kalsium. Pengambilan kalsium untuk orang hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari. Kalsium sangat penting untuk gigi, tulang dan juga tumbesaran bayi. 

Nak dapatkan ostematrix. Click kat bawah ni ye.


Yang Ikhlas,
Kak Tinie 
016-4426785



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Buat Buku Pink & pertama kali check up dekat Klinik Kerajaan

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 bulan kak Tinie mengandung. Lagi 4 bulan lahirlah baby. Adik buat kakak Isha dengan Hana. InsyAllah. Kakak I...