Assalammualaikum readers.
Hari ni kak Tinie nak cerita berkenaan dengan kerjaya Jurukur bahan atau Quantity Surveyor (QS). Banyak universiti awam dan swasta yang menawarkan kurus ni. Tapi tak ramai yang tahu skop kerja seorang Jurukur bahan dan peluang pekerja yang ditawarkan.
Peluang pekerja bagi seorang QS adalah sangat besar. Seorang QS bukan sahaja boleh bekerja di syarikat kontraktor bahkan di developer, perunding QS, firma arkitek, engineer, bank dan menjadi pensyarah. Selain itu terdapat jawatan QS di dalam jabatan kerajaan seperti di JKR, Pendidikan dan universiti-universiti awam dan swasta. Senang cerita, memang mudah nak dapat kerja bila habis belajar. Selagi ada industri binaan selagi itulah khidmat QS diperlukan.
1. Preliminary stage.
Skop kerja seorang QS bermula dari preliminary stage. Dalam peringkat ni, QS akan mengeluarkan kos awalan berdasarkan PDA form atau preliminary detailed abstract. Ia merupakan aggaran yang dikeluarkan oleh perunding QS kepada developer.
2. Tender stage
A. QS yang berkerja di konsultant.
PADA peringkat ini perunding QS akan menyediakan Tender Document berdasarkan lukisan tender yang dihasilkan oleh perunding Arkitek, C&S dan M&E. QS juga akan memanggil kontraktor untuk mengisi harga di dalam tender document tersebut.
Selepas pihak perunding menerima dokumen tender yang telah dihargakan. Pihak konsultant akan menyediakan Tender report. Didalam tender report tersebut, kita dapat melihat harga setiap kontraktor. Berdasarkan tender report tersebut, pihak developer atau cleint akan memilih kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling rendah bagi sesuatu projek. Sebelum itu, pihak perunding akan memanggil kontraktor yang terlibat untuk menghadiri Tender Interview. Ketika ini pihak kontraktor dan perunding perlu clarify apa sahaja yang terkandung didalam tender document yang dihargakan.
B. QS di kontraktor
Selepas qs menerima dokumen tender. Mereka akan meminta sebut harga daripada subcon serta supplier untuk menghargakan dokumen tender tersebut. Dokumen tender yang telah lengkap akan di hantar kepada perunding QS semula agar pihak perunding dapat menyediakan Tender Report.
3. Project stage
A. QS yang bekerja di konsultant
Pada peringkat ini QS akan membantu serta menasihati semua pihak berkaitan dengan kontrak. Selain itu QS juga perlu memantau serta menyediakan Certificate of Payment yang merupakan bayaran kemajuan kerja main contractor berdasarkan kemajuan kerja di tapak bina. QS juga perlu membuat penilaian bagi tambahan kerja atau variation order yang dilakukan oleh main contractor. Penilaian kerja dilakukan sebulan sekali ataupun berdasarkan term di dalam contratc document. Certificate of payment akan disahkan oleh S.O sesuatu projek. Bayaran kepada kontraktor dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh certificate.
B. QS di kontraktor
Sama seperti QS di konsultant. QS yang bekerja di kontraktor juga perlu menyediakan Certificate of payment untuk sub contractor dan supplier. Selain itu, QS juga perlu melantik sub contractor dan supplier, mendapatkan sebut harga, membuat cost comparison serta mebeli barang-batang berdasarkan specification di dalam contract.
4. Final stage
QS akan menyediakan final account selepas projek mendapat CPC dan releae half moiety retention kepada main contractor dan juga sub contractor. Lagi 2.5 retention akan dilepaskan selepas projek tamat tempoh CMGD. Retention tersebut pelu ditolak segal defect yang dilakukan oleh third party seandainya main contractor atau sub contractor gagal membaiki defect.
Secara ringkas, beginilah circles skop kerja seorang QS. Kalau ada yang salah mohon betulkan. Kalau ada yang tak paham. Drop by soalan kat comment. Nanti kak Tinie reply balik.
Regards,
Kak Tinie
Kakak QS