Wednesday, 30 August 2017

LANGKAH ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK


 Kita sebagai ibu bapa perlu sedar yang anak-anak meniru dari setiap perbuatan kita sama ada baik mahupun buruk. Mereka umpama kain putih yang bersih. Seandainya yang dilihat adalah hitam maka hitamlah jadinya.  Jangan pernah terlintas apablia kita lihat mereka tidur, mereka benar-benar tidur. Ada sesetengah anak-anak yang sangat sensitif dengan bunyi, pergerakan dan cahaya. Itu adalah risiko yang perlu diambil seandainya tidur sebilik dengan anak-anak.

Sebenarnya banyak kebaikan kalau nak cerita kenapa kita perlu asingkan tempat tidur anak-anak. Baik untuk anak mahupun ibu bapa. Mak ayah mesti tahukan. ho.ho. Selain dari dapat membina keyakinan dalam diri anak-anak. Ia juga mampu mengajar anak-anak untuk berdikari. Mari kita lihat step pertama.

1. DOA
Doa tu senjata umat Islam. Jadi berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita untuk mengasingkan tempat tidur anak-anak. Kak Tinie sebelum buat apa-apa yang melibatkan hati anak-anak. Memang akan berdoa. Dengan harapan anak-anak boleh terima apa yang kita buat tu. Sebab bab hati ini, Allah yang pegang. Jadi nak mintak bantuan, perlu lah mintak kepada yang memegang HATI tersebut.


2. TIDUR DALAM SATU BILIK TETAPI ASINGKAN TILAM ATAU KATIL
Masa ni umur Isha 3 tahun. Hana pulak 2 tahun. Disebabkan anak solehah dua orang tu dah besar. Katil pun dah tak muat. Jadi kami sediakan tilam untuk mereka tidur. Sebenarnya, itu step pertama nak asingkan tempat tidur anak-anak. Kak Tinie pun tak perasan masa tu.

Tapi Alhamdulilah, Allah gerakan hati nak buat begitu. Bagi mereka seronok dan yakin yang mereka boleh tidur berasingan dengan kita. Mula-mula memang agak sukar. Masing-masing berebut hendak tidur dengan ibu dan ayah. Kadang-kadang, bila dah tidur ayah akan angkat letak atas tilam. Tapi kita kena tetap pendirian. Jangan goyah. Kalau goyah tak capai objektif nanti.


3. PERSEDIAAN MENTAL ANAK DAN IBU BAPA
Kak Tinie selalu cakap macam ni dekat isha dan hana bila mereka nak tidur dengan kak Tinie (dalam step 2)

"Bila biik isha dan hana dah siap. Isha dan hana kena tidur dalam bilik sendiri tau".

Ini adalah mental preparation untuk anak-anak. Jadi mereka dah "aware" yang satu hari nanti. Mereka akan tidur dalam bilik sendiri. Jadi, proses nak mengasingkan jadi lebih mudah. Itu pun sebenarnya persediaan untuk ibu ayah juga. Memberi kesedaran yang anak-anak kita dah semakin dewasa. Bukan bayi lagi.

Lagi satu, kalau nak ajar anak buat perkara yang asing daripada rutin harian mereka boleh guna tips ni. Conothnya, hari pertama hendak pergi taska atau tadika. Hari Sabtu dah kena cakap dekat anak-anak yang mereka akan pergi sekolah hari Isnin nanti. Lagi awal, lagi bagus resultnya. Jadi anak-anak dah bersedia fizikal dan mental. Sebab, ada sesetengah anak-anak yang susah nak "adapt" dengan perubahan rutin hariannya. Ia merupakan salah satu penyebab kepada tantrum.



Isha tolong ayah cat bilik.


4. LIBATKAN ANAK-ANAK DALAM SEMUA PROSES
Proses apa tu? Proses menyediakan bilik tidur anak-anak. Masa ni lah yang paling seronok. Suruh mereka pilih warna cat, pilih jenis katil sama ada double decker atau katil bujang, pilih lampu, cadar dan dekorasi yang lain. Ajak anak-anak mengecat bilik. Pasang katil sama-sama. Baru anak-anak rasa excited nak tidur dalam bilik sendiri. Senag cerita, semua keptusan biar anak-anak yang buat.

Biar bilik tidur jadi dekat dengan hati anak-anak. Walaupun, anak-anak ni kecil lagi, Tapi dia orang boleh ingat, apa yang dia orang buat untuk bilik tu. Isha selalu cerita yang dia mengecat bilik. Yang penting, deko semua kena ikut "suka hati" anak-anak. Ibu pejam mata jelah ye. Ayah tukang keluar duit. Ha..ha.. Apa yang penting? "Kerjasama". hi...hi..


5. TETAPKAN PERATURAN
Bila bilik tidur dah siap. Serta-merta dia orang "excited" nak tidur dalam bilik sendiri. Mungkin hari pertama dia orang excited, tapi hari kedua dah mula ketuk pintu bilik ibu. Kita jangan lembut hati, biarkan dia orang tidur balik dengan kita.

Buat peraturan. "NO MORE" tidur dengan ibu dan ayah. Jadi mereka akan faham yang tempat tidur mereka dalam bilik sendiri. Kalau nangis sambil bawak batal pun hati kena kental tau. Ha..ha.. Tak lama dia buat perangai macam tu. Yang penting ibu dan ayah jangan goyah. Kalau goyah agak sukar nak asingkan tempat tidur. Sebab anak rasa, bila dia nangis ibu ayah akan bagi tidur sekali. Jadi, drama akan menjadi 1001 episod lah.


Maka, penting untuk ibu ayah tetap pendirian ye. Lepas habis semua drama. Anak-anak pun dah faham yang dia orang dah ada bilik tidur sendiri. Selesai dah satu tanggungjawab kita nak asingkan tempat tidur kita, dengan anak-anak. Masa kak Tinie asingkan tempat tidur anak-anak ni. Isha berumur 4 tahun 5 bulan dan Hana berumur 2 tahun 10 bulan. Allahmdulilah, Allah permudahkan segala urusan kak Tinie.

Semoga urusan kawan-kawan pun dipermudahkan juga ye.

With love,
Kak Tinie

BAHAYA KOLESTEROL?

Nak tahu kolesterol dalam badan tinggi atau rendah? boleh pergi klinik dan buat ujian darah. Harga dalam RM200 lebih kalau tak silap. Maybe sekarang lagi tinggi rasanya. Nanti kak Tinie update ye. Dari ujian darah ni, kita boleh tahu tahap gula dalam darah, buah pinggang, kolesterol dan boleh buat urin test sekali. Untuk screening penyakit. Dah alang-alang buat kan. 

Jenis Kolesterol
Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol Baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL). Dalam gambar rajah kat bawah ni. Hanya terdapat sedikit sahaja kolesterol baik. 



Sumber: Netmeds.com Official Blog



Selain dari buat screening, kita pun boleh tahu bila muncul tanda-tanda seperti di bawah.

1. Sering kebas kaki
2. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) kat bawah mata.
3. Mudah letih, cepat mengantuk.
4. Sering berasa sakit kepala
5. Kaki membengkak
6. Senak dada sebelah kiri

ATASI MASALAH KOLESTEROL JAHAT.

Kolesterol jahat kebanyakannya terdapat dalam makanan kita. Jadi terddapat banyak cara untuk mengawal kolesterol dalam badan kita. 




1. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

Ini punca utama, kolesterol jahat tinggi dalam badan. Masakan melayu memang kaya dengan goreng-mengoreng kan. Lepas ni kita masak rebus-rebus je. Boleh tak? Lepas ni kak Tinie masukkan resepi sedap-sedap yang perlu rebus-merebus atau panggang atau kukus. Impian namanya..kih..kih


2. Kurangkan makan makanan yang tinggi kolesterol. 

Seperti dalam gambar rajah di atas. Banyakkan makanan yang sedap-sedap. Tapi kolesterol jahat tinggi pulak. Macam telur. Rupanya dia lah yang paling tinggi. Reha je lah ye.


3. Tingkatkan pengamilan serat & buah.

Tips ni pun bagus untuk kulit dan orang yang nak kurus. Makanan berserat adalah seperti oatmeal, brokoli, jagung, kentang, beras merah, kobis dan sebagainya. Buah-buahan pulak, boleh ambil buah avokado, pisang, betik, mangga, keladi, keluarga berry, epal dan sebagainya. Yogur pun bagus untuk turunkan kolesterol.


4. Lebihkan bawang putih sebab anti radang.

Perasann tak kalau kita tengok cerita atau racangan masakan Korea. Mereka suka menggunakan banyak bawang putih dalam masakan. Sebenarnya bawang putih sangat bagus sebagai anti radang dan merupakan antibiotik semula jadi. Jadi, kalau nak masak. Lebihkan bawang. Kak Tinie paling suka masak kalau letak bawang putih lebih. Lagi-lagi kalau masak sup. Lepastu buat minyak bawang putih. Memang marvelous. 


5. Tingkatkan pengambilan omega 3. 

Omega 3 terdapat dalam ikan, telur dan juga buah-buahan. Dalam buah-buahan kebanyakannya dalam keluarga Berry. Orang kata ikan keli kadungan omeganya tinggi. Dan untuk ikan laut pula paling popular adalah ikan salmon. Ikan-ikan lain pun ada banyak Omega 3 juga.


6. Makan omega guard atau minyak ikan. 

Omega Guard Shaklee mempunyai kandungan EPA dan DHA yang tinggi. Itu yang membezakan omega guard dengan omega yang berada di pasaran. Malah proses penghasilannya sangat detail. Terdapat 90 capsule. 




Boleh dapatkan dengan menghubungi kak Tinie atau click sahaja. 











Ikhlas,
Kak Tinie
016-4426785
Shaklee Melaka



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 



Buat Buku Pink & pertama kali check up dekat Klinik Kerajaan

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 bulan kak Tinie mengandung. Lagi 4 bulan lahirlah baby. Adik buat kakak Isha dengan Hana. InsyAllah. Kakak I...